Saturday, 18 November 2006

愛錯* - 李心潔

Banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh masa 3 minggu. Dalam 3 minggu, saya telah melawati bandar Amsterdam dan Paris serta mengelilingi negeri Perancis. Dalam tempoh masa yang sama, seorang kawan saya telah menghabiskan semua wangnya dan terpaksa balik ke negeri Cina. Seorang kawan yang lain telah berjaya mendapati tawaran untuk bekerja. Tetapi, yang paling memeranjat ialah seorang kawan karib saya yang telah mendapati seorang teman perempuan!!!

Ya, dia telah berkenalan perempuan tersebut bulan yang lalu dan selepas 2 minggu, dia telah menjadi teman lelakinya!

Nasib baik saya, sebagai seorang bekas peguam dan juga seorang pelakun amatur, pandai merahsiakan perasaan saya bila saya dimaklumkan berita tersebut! ;-)

Mungkin saya seorang yang berfikiran kuno – tetapi saya berpendapat bahawa tempoh masa 2 minggu terlalu singkat untu berkenalan dengan seorang dan menjadi teman lelakinya!!!!

Jadi apa yang boleh saya buat? Inilah kali pertama kawan saya mendapati seorang teman perempuan. Patutkah saya – seperti cakap orang putih – “menuangkan air sejuk” ke atasnya?

Apa yang juga membimbangkan adalah perbezaan agama mereka. Ini tentu akan membankitkan masalah dalam masa hadapan.

Tetapi, anggapan saya salah. Kawan saya telah memberitahu saya bahawa perbezaan agama sudah sekarang menimbulkan masalah dan mengakibatkan banyak pergaduhan di antara mereka berdua.

Apa yang merumitkan perkara ini adalah bila saya berjumpa perempuan tersebut – saya suka dia!

Tunggu, tunggu – jangan salah faham. Bukan seperti yang anda fikirkan. Bukan suka dalam makna itu. Kalau dia seorang yang kurang ajar atau sombong, adalah lebih senang untuk saya memaklumkan kawan ku bahawa saya mepunyai keraguan tentang perhubangannya dengan perempuan tersebut. Tetapi, perempuan tersebut bukan sebegitu.

Jadi, apa yang saya buat?

Saya memberitahu dia bahawa saya gembira untuk dia dan berharap semoga perhubungan mereka akan berkekal. Dan saya benar-benar berasa demikian. Saya tidak berbohong kepadanya. Saya telah memaklumkan dia bahawa saya berpendapat bahawa perhubungan mereka berjalan dengan sangat laju. Tetapi saya tetap akan menyokong dia dalam keputusannya.

Saya masih ingat beberapa bulan yang lalu bila dia telah meyokong saya dalam suatu keputusan saya walaupun dia tidak bersetuju dengannya (dan pada mula-mula telah memperlikan saya!!!).

Saya percaya bahawa ini adalah salah satu tanda seorang kawan yang benar. Oleh itu, saya akan cuba untuk berbuat demikian walaupun saya berpendapat bahawa 2 minggu adalah terlalu singkat untuk memulakan perhubungan dengan sesiapapun, walaupun saya berfikir bahawa kasih cinta mereka buat masa ini bukan kasih cinta yang jati. Saya berfikiran kuno, kan?



Adakah 2 minggu suatu masa yang singkat???


Oh, jika anda masih belum teka lagi, kawan saya tersebut ada baca blog ini – tetapi beliau tidak faham Bahasa Malaysia. Harap-harap dia tidak akan guna Google untuk menterjemahkan pos ini!!!!

* I first heard this song when the workshop people tested my newly installed CD player in me car. Excellent choice – the sound of the acoustic guitar in the intro, followed by the bass and then the rest made me fall in love wif me CD player… and with Lee Sin-Je too! It took me a while to realise she was the singer of that song, tho. Yes, I’m a big fan of her too – sweet looks, beautiful eyes, great actress, good singer. And she’s Malaysian! ;-)

2 comments:

Anonymous said...

Hee... entah kenapa tetapi post ini teramat kelakar! :D Setahu saya, Google tiada khidmat penterjemahan ke Bahasa Melayu.

Hmm... fikiran saudara tidak kuno, cuma reaksi biasa seorang kawan sejati yang khuatir. Tetapi antara ragu dan sinis, besar perbezaannya... Soal cinta ni, agaknya ragu lebih baik dari sinis dan sudah pasti perlu ada keikhlasan! :P

imissw said...

eh, makcik - pos ini bukan sepatutnya kelakar! ;-P mungkin saudari mentertawakan pengunaan bahasa saya?

sebenarnya, saya amat bangga dengan pos ini kerana walaupun saya tinggal di negeri orang putih lebih dari 12 bulan, saya masih boleh mengarang dalam BM!!!!

tapi, tak secanggih bahasa anda dalam komen di atas.

dan pos saya tak se-kelakar pos anda tentang perjalanan bas anda. pos tersebut membuat saya ketawa tak berhenti-henti! :-D